" SELAMAT DATANG DI ALIKHLASMUSHOLAKU.TOP, FORUM BELAJAR, BERBAGI & SOLUSI TENTANG ISLAM "

Komentar Facebooker

alikhlasmusholaku.blogspot.com ini bagus utk dibaca menambah pengetahuan tentang adab islam

Dikirim oleh Wasriful Wahizar Koto pada 5 Agustus 2015

BINTANG 5

luar biasa rating 5 bintang, terima kasih banyak

Dikirim oleh alikhlasmusholaku.blogspot.com pada 5 April 2016

Rabu, 17 Mei 2017

KITA TAHU TAPI KITA TIDAK PEDULI



1. Kita mengetahui bahawa solat secara berjamaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat sendirian. Tetapi kita masih tidak mampu untuk berjamaah di masjid atau surau. Alangkah ruginya.

2. Kita mengetahui bahawa ucapan “Subhaanallaahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikit pun.

3. Kita mengetahui bahawa pahala 2 rakaat solat Dhuha setara dengan 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita mengerjakan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunat kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang meminta ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui bahawa sesiapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga untuknya. Tetapi sayang kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui bahawa membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat untuk membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan dilipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayng, kita tidak pernah meluangkan waktu untuk membaca Qur’an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan ibunya. Tetapi sayang kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam di tengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering menyaksikan orang meninggal dunia, mendahului kita. Tetapi sayang kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah memaparkan peringatan ini untuk anda semua kerana Allah. Berkongsilah peringatan ini dengan orang yang anda sayangi kerana Allah.

Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Bagikan lewat WHATSAPP yuk !!!!!!!



 
 
 
Klik untuk link ke : alikhlasmusholaku.blogspot.com #Konten Islami dari berbagai sumber #Islamic content from various sources #


Bagikan dengan cara klik tombol Facebook, twitter, Goggle+, Pinterest, Blogger, Email dibawah ini  :